CYPRUS, 30 Mei (Al Jazeera) -- Konvoi flotila kapal-kapal bantuan yang menuju Jalur Gaza sedang bersiap sedia untuk meninggalkan Cyprus, kata pihak penganjur konvoi tersebut.
Laporan awal mengatakan bahawa kapal-kapal sudah belayar di sekitar pukul 05:00 waktu tempatan (02:00 GMT). Tetapi pihak penganjur kemudiannya mengatakan bahawa mereka hanya dipindahkan ke lokasi yang berbeza, 40 kilometer daripada pantai Cyprus, dan kapal-kapal tersebut masih belum memulakan pelayaran ke Gaza.
Mohamed Vall daripada Al Jazeera, melaporkan dari konvoi flotila tersebut, berkata kapal-kapal dijangka belayar ke Gaza pada petang Ahad.
Sebanyak enam kapal dijangka akan belayar. Dua buah kapal yang lain masih rosak dan berada di pelabuhan.
Pihak penganjur mengatakan mereka mungkin akan melancarkan konvoi flotila kecil kecil kedua pada hari Selasa, termasuk dua buah kapal yang rosak dan ditambah kapal ketiga yang masih belum tiba.
Memecahkan Pengepungan
"Kini kami sedang memikirkan mengenai penghantaran gelombang kedua kapal termasuk dua kapal tersebut dan kapal Rachel Corrie, yang masih dalam perjalanan dari Ireland", kata Audrey Bomse, seorang penasihat Gerakan Pembebasan Gaza.
Kapal pengangkut Rachel Corrie dari Ireland.
Ratusan aktivis pro-Palestin berada di dalam konvoi flotila, yang bertujuan untuk tiba Gaza dan ini bertentangan dengan sekatan Israel ke atas wilayah itu. Konvoi flotila kecil ini pada asalnya terdiri daripada sembilan kapal - dari Turki, UK, Ireland, Greece, Kuwait dan Algeria - membawa kira-kira 10,000 tan bantuan, termasuk simen, sistem pembersihan air dan kerusi roda.
Pada awalnya dijangka bahawa konvoi flotila akan belayar pada hari Sabtu, tetapi ditunda selama lebih seminggu kerana masalah mekanikal.
Kapal-kapal itu telah dipaksa untuk keluar dari pantai Cyprus pada hujung minggu ini.
Barang-barang bantuan sedang diangkut ke dalam kapal pengangkut Rachel Corrie.
'Banner' konvoi flotila pembebasan.
Bendera Malaysia juga diletakkan pada kapal pengangkut Rachel Corrie. Rakyat Malaysia turut menghantar barang-barang bantuan melalui kapal tersebut.
Kapal persiaran Mavi Marmara dari Turki yang membawa aktivis pro-Palestin ke Gaza.
Kapal Mavi Marmara dari Turki.
Kapal Mavi Marmara dari Turki.
*Artikel ini diterjemah oleh N.A. Rahman daripada laporan berita Al Jazeera. Sumber foto daripada http://www.flickr.com/photos/freegaza/.
0 Komen:
Post a Comment