Wajah Anak-Anak Palestin

Seorang kanak-kanak Palestin sedang makan ais krim di sebelah seorang tentera Israel ketika operasi ketenteraan di kota Hebron, Tebing Barat pada 1 Julai 2009.

Seorang kanak-kanak Palestin yang mengalami kecederaan sedang dibawa ke hospital Al-Shifa selepas serangan udara oleh Israel di Gaza pada 2 April 2010. Pesawat dan helikopter Israel melancarkan sekurang-kurangnya tujuh serangan peluru berpandu ke atas Gaza. Adakah para pemimpin dan panglima tentera negara-negara Islam hanya mampu melihat foto seperti ini setiap hari ketika membaca akhbar?

Seorang tentera Israel mengacukan senjata raifalnya untuk menunjukkan arah ketika dia memberitahu seorang kanak-kanak Palestin untuk meninggalkan kawasan tersebut (26 Ogos 2009). Apakah perasaan anda jika anak atau ahli keluarga anda diperlakukan seperti ini?

Seorang kanak-kanak Palestin sedang duduk di sisa-sisa runtuhan bangunan musnah selepas serangan ke atas Gaza pada Januari 2009. Adakah kita hanya mampu melihat dan bersimpati sahaja?

Seorang kanak-kanak Palestin bertengkar dengan seorang tentera Israel yang menjaga pintu rumahnya yang berdekatan penempatan haram Kyriat Arba'a yang didirikan oleh Israel ketika pendudukan kota Hebron di Tebing Barat pada 28 Jun 2009. Adakah kita masih mempunyai keberanian seperti kanak-kanak ini?

Seorang kanak-kanak Palestin, Haitham Matar, yang menderita akibat kekurangan nutrisi dan zat makanan, sedang terlantar di katil hospital di Gaza City pada 28 Mei 2009. Sanggupkah anda membiarkan saudara anda dalam keadaan begini?

Seorang kanak-kanak Palestin sedang memanjat menerusi lubang pada tembok penghalang yang menjadi kontroversi di di Tebing Barat berdekatan Baitul Maqdis (17 Februari 2009). Bayangkan jika tempat tinggal anda dikelilingi tembok tersebut.

Sumber foto dan informasi: http://www.daylife.com/

1 Komen:

AISHAH JOHAR said...

ya ALLAH.. sesungguhnya kami memamg tidak peka dengan kesengsaraan rakyat Palestin.
di saat mereka berjuang untuk hidup, kami di sini masih memikirkan baju apa untuk dipakai pada majlis esok hari. ampunilah kami ya ALLAH..
hanya doa yang dapat kami hulurkan buat saudara kami di Palestin.
palestin, semoga kalian tetap tabah menghadapi dugaan ini. )':

Post a Comment

top