Seorang kanak-kanak sedang membawa Al-Quran ketika perhimpunan yang diadakan di kem pelarian Palestin Ein el-Hilweh yang berhampiran selatan bandar pelabuhan Sidon, Lubnan pada 19 Mac 2010. Perhimpunan tersebut diadakan untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan bagi penduduk Palestin yang menghadapi krisis di Baitul Maqdis.
Seorang kanak-kanak sedang menulis sesuatu pada sisa-sisa runtuhan rumah keluarganya setelah dimusnahkan ketika serangan Israel di timur Jebaliya yang terletak di utara jalur Gaza pada 16 Februari 2010.
Seorang kanak-kanak Palestin sedang melihat bangunan-bangunan yang telah hancur dimusnahkan ketika serangan tentera Israel ke atas Jebaliya yang terletak di utara Gaza (4 November 2009).
Dalal Abu Aisyah yang berusia 13 tahun sedang berdiri di atas runtuhan rumahnya yang hancur di Gaza (22 Januari 2009). Gadis Palestin ini tiada di rumah ketika sebutir bom yang dilancarkan oleh tentera Israel memusnahkan kediaman keluarganya di kem pelarian Gaza Beach, yang meragut nyawa bapa, ibu, dua abang dan kakak beliau. Ketika kejadian tersebut, Dalal berada di rumah ibu saudara beliau.
Seorang kanak-kanak Palestin sedang tidur di hadapan rumahnya yang hancur dan dimusnahkan ketika serangan Israel selama tiga minggu semenjak Disember 2008 di utara jalur Gaza (16 Oktober 2009).
Seorang pekerja hospital sedang duduk di sebelah jenazah seorang remaja perempuan Palestin, Heyam Abu Ayish sebelum pengkebumiannya di tengah jalur Gaza pada 3 Julai 2009. Heyam Abu Ayish syahid akibat letupan di Gaza. Pekerja hospital dan pegawai Hamas menyatakan bahawa letupan tersebut berpunca daripada tembakan oleh kereta kebal Israel.
Balada Seorang Gadis Kecil
Lagu/Lirik/Penyanyi : Zubir Ali
Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Shatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina
* Lirik lagu ini bersempena peristiwa pembunuhan beramai-ramai (genocide) pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan pada 16 hingga 18 September 1982 dan didalangi oleh Israel. Dianggarkan sehingga 3,500 orang telah syahid. Muat turun (download) lagu ini di sini (klik).
Sumber foto dan informasi: http://www.daylife.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment