Tahanan di Teluk Guantanamo

Seorang tahanan Guantanamo yang telah digari kakinya sedang membaca sesuatu ketika beliau menghadiri kelas 'Kemahiran Hidup' sementara pengawal dibelakangnya sedang menggari tahanan lain, di dalam 'Camp 6' yang merupakan pusat tahanan dengan kawalan keselamatan tinggi di pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (30 Mac 2010).

Seorang tahanan Guantanamo sedang berbicara dengan pengawal di 'Camp 6' di dalam pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (31 Mei 2009).

Tahanan-tahanan sedang solat berjemaah di pusat tahanan 'Camp 4' yang terletak di dalam pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (5 Ogos 2009).

Tahanan-tahanan sedang solat berjemaah berhampiran pagar yang berkawat duri di 'Camp 4', pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (14 Mei 2009).

Dua orang pengawal sedang mengiringi seorang tahanan yang membawa sebuah buku di pusat tahanan 'Camp 4' di Teluk Guantanamo, Cuba (18 November 2008).

Tahanan Guantanamo daripada etnik Uighur (China) menunjukkan nota tulisan tangan sebagai tanda protes semasa lawatan wakil media di pusat tahanan 'Camp Iguana' pada 1 Jun 2009 di dalam pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba. Tujuh belas tahanan daripada etnik Uighur sepatutnya telah dibebaskan tetapi ditangguhkan kerana China menganggap mereka sebagai pengganas dan akan dipenjarakan jika mereka pulang.

Seorang tahanan diiringi pengawal tentera semasa pendengaran tahunan 'Admistrative Review Board' di pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (6 Disember 2006). Pada 16 April 2009, Presiden AS, Barack Obama memberikan kekebalan (immunity) kepada pegawai CIA yang terlibat di dalam penyiasatan bekaitan keganasan. 

Pengawal-pengawal tentera berdiri di kedua-dua sisi barisan tahanan-tahanan Guantanamo (berbaju putih) untuk melakukan pemeriksaan barang-barang yang dilarang di pusat tahanan 'Camp 4' di dalam pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (12 Mei 2009).

Sebuah kerusi dan gari yang melekat pada lantai di dalam bilik yang digunakan untuk menyoal siasat tahanan Guantanamo, di 'Camp 5' di dalam pangkalan tentera laut AS di Teluk Guantanamo, Cuba (12 Mei 2009).

Sumber foto dan informasi: http://www.daylife.com/

Balada Seorang Gadis Kecil

Seorang kanak-kanak sedang membawa Al-Quran ketika perhimpunan yang diadakan di kem pelarian Palestin Ein el-Hilweh yang berhampiran selatan bandar pelabuhan Sidon, Lubnan pada 19 Mac 2010. Perhimpunan tersebut diadakan untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan bagi penduduk Palestin yang menghadapi krisis di Baitul Maqdis.

Seorang kanak-kanak sedang menulis sesuatu pada sisa-sisa runtuhan rumah keluarganya setelah dimusnahkan ketika serangan Israel di timur Jebaliya yang terletak di utara jalur Gaza pada 16 Februari 2010.

Seorang kanak-kanak Palestin sedang melihat bangunan-bangunan yang telah hancur dimusnahkan ketika serangan tentera Israel ke atas Jebaliya yang terletak di utara Gaza (4 November 2009).

Dalal Abu Aisyah yang berusia 13 tahun sedang berdiri di atas runtuhan rumahnya yang hancur di Gaza (22 Januari 2009). Gadis Palestin ini tiada di rumah ketika sebutir bom yang dilancarkan oleh tentera Israel memusnahkan kediaman keluarganya di kem pelarian Gaza Beach, yang meragut nyawa bapa, ibu, dua abang dan kakak beliau. Ketika kejadian tersebut, Dalal berada di rumah ibu saudara beliau.

Seorang kanak-kanak Palestin sedang tidur di hadapan rumahnya yang hancur dan dimusnahkan ketika serangan Israel selama tiga minggu semenjak Disember 2008 di utara jalur Gaza (16 Oktober 2009).

Seorang pekerja hospital sedang duduk di sebelah jenazah seorang remaja perempuan Palestin, Heyam Abu Ayish sebelum pengkebumiannya di tengah jalur Gaza pada 3 Julai 2009. Heyam Abu Ayish syahid akibat letupan di Gaza. Pekerja hospital dan pegawai Hamas menyatakan bahawa letupan tersebut berpunca daripada tembakan oleh kereta kebal Israel.

Balada Seorang Gadis Kecil
Lagu/Lirik/Penyanyi : Zubir Ali

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayah bonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Shatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

* Lirik lagu ini bersempena peristiwa pembunuhan beramai-ramai (genocide) pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan pada 16 hingga 18 September 1982 dan didalangi oleh Israel. Dianggarkan sehingga 3,500 orang telah syahid. Muat turun (download) lagu ini di sini (klik).

Sumber foto dan informasi: http://www.daylife.com/

Wajah Anak-Anak Palestin

Seorang kanak-kanak Palestin sedang makan ais krim di sebelah seorang tentera Israel ketika operasi ketenteraan di kota Hebron, Tebing Barat pada 1 Julai 2009.

Seorang kanak-kanak Palestin yang mengalami kecederaan sedang dibawa ke hospital Al-Shifa selepas serangan udara oleh Israel di Gaza pada 2 April 2010. Pesawat dan helikopter Israel melancarkan sekurang-kurangnya tujuh serangan peluru berpandu ke atas Gaza. Adakah para pemimpin dan panglima tentera negara-negara Islam hanya mampu melihat foto seperti ini setiap hari ketika membaca akhbar?

Seorang tentera Israel mengacukan senjata raifalnya untuk menunjukkan arah ketika dia memberitahu seorang kanak-kanak Palestin untuk meninggalkan kawasan tersebut (26 Ogos 2009). Apakah perasaan anda jika anak atau ahli keluarga anda diperlakukan seperti ini?

Seorang kanak-kanak Palestin sedang duduk di sisa-sisa runtuhan bangunan musnah selepas serangan ke atas Gaza pada Januari 2009. Adakah kita hanya mampu melihat dan bersimpati sahaja?

Seorang kanak-kanak Palestin bertengkar dengan seorang tentera Israel yang menjaga pintu rumahnya yang berdekatan penempatan haram Kyriat Arba'a yang didirikan oleh Israel ketika pendudukan kota Hebron di Tebing Barat pada 28 Jun 2009. Adakah kita masih mempunyai keberanian seperti kanak-kanak ini?

Seorang kanak-kanak Palestin, Haitham Matar, yang menderita akibat kekurangan nutrisi dan zat makanan, sedang terlantar di katil hospital di Gaza City pada 28 Mei 2009. Sanggupkah anda membiarkan saudara anda dalam keadaan begini?

Seorang kanak-kanak Palestin sedang memanjat menerusi lubang pada tembok penghalang yang menjadi kontroversi di di Tebing Barat berdekatan Baitul Maqdis (17 Februari 2009). Bayangkan jika tempat tinggal anda dikelilingi tembok tersebut.

Sumber foto dan informasi: http://www.daylife.com/
top